Pages

KemahKeming68
KemahKeming68

Thursday 27 December 2012

Bapa Kandung Leuniey SahKan Takkan Hadir Esok

Ni apa kes plak ni, bapa kandung Leuniey tak nak hadir. Sedangkan, dia bapa kandung. Apa pendapat korang ? Adakah hanya mahu mencari publisiti murahan ? Aduhaii, semakin dekat, semakin banyak plak kontroversi. Jika nk tahu, baca ok ~



Bapa kandung kepada Leuniey Natasha, Jaafar Mohamad, 52, hari ini mengesahkan bahawa dia tidak akan hadir ke majlis pernikahan anaknya itu bersama penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh pengurus kepada Apex yang menemani Leuniey dan sepupunya ke rumah Jaafar semalam untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan.

Kehadiran Leuniey disambut Jaafar dan isterinya bersama adik kandung Leuniey yang tinggal dengan keluarga bapanya itu.

Jaafar kemudiannya memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana dia ada alasannya tersendiri namun mendoakan kebahagiaan Leuniey dan bakal suami selain berharap majlis pernikahan itu dapat berjalan dengan lancar.

Menerusi temubual dengan pengurus Apex juga, Leuniey berkata keputusannya untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan bukanlah disebabkan kenyataan media semalam yang melaporkan Jaafar tidak dijemput sebaliknya ia disebabkan oleh Leuniey sendiri yang berjanji untuk menyerahkan kad jemputan tersebut kepada bapanya.

Dalam pada itu, Leuniey menjelaskan dia tidak menyalahkan Jaafar yang telah membuat kenyataan kepada media semalam kerana dia faham akan situasi bapa kandungnya itu. Dan sebagai anak, dia memang berharapkan kehadiran bapa kandung pada majlis paling bersejarah dalam hidupnya itu nanti.

Leuniey juga turut menjemput ibu tiri dan adik kandungnya ke majlis itu namun mereka berdua berkata mereka hanya akan hadir sekiranya Jaafar turut hadir ke majlis berkenaan.

Sementara itu, keluarga Leuniey yang diwakili oleh bapa tirinya, Nazri berkata mereka sekeluarga sememangnya mengalu-alukan kedatangan Jaafar dengan pintu yang terbuka dan berharap kehadiran Jaafar dapat menyerikan lagi majlis pernikahan Leuniey dan Apex.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...