Pages

KemahKeming68
KemahKeming68

Saturday 25 August 2012

Cara Log In Facebook tanpa guna EMAIL

Assalamualaikum. Ammar nk tunjukkan cara-cara LOG IN facebook tanpa guna EMAIL.. Mungkin sudah ramai yang tahu tentang ni kan ??

First, pergi kat profile facebook korang. Then, tengok kat atas tu, macam gambar dibawah..
Sila klik gambar ni jika nk lebih jelas :D
Nampak takk ?? URL dia tu, korang ambik yang belakang sekali, lepas "/" tu, ada nama Ammar.Areliff kan ??? So korang copy pastu try log out facebook korang japp..
Sila klik gambar ni k.
Letak yang kita copy tadi tu, pastu korang LOG IN lah yeappp.. 

Siappp.. kepada yang x de URL sendiri tu, korang pergi ke LINK NI. pastu korang buat sendiri lah yeap username tuu.. kacang !! hehe :D

= Sekian = Simple Tuto =



Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya :)

Assalamualaikum semua. Ammar nk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam & blogger sekalian. Mohon ampun jika tersalah / terkasar bahasa / terguris hati. Maaf Zahir Batin yeaa !!..

Sekian.. Jangan lupa, untuk beri ucapan hari raya kepada kawan-kawan, klik SINI.

= Bye, entry pendek, sibukk=

Tuesday 14 August 2012

Giveaway : Saya Nak Raya Dengan Topup Free By Anna

Bannernya :D

Assalamualaikum.. Ni satu lagi segmen KHAS sempena hari raya. Kali ni dari ANNA

Hadianya adalah seperti berikut ( adududu, dh mcm pengacara )

TOPUP bernilai RM 10 untuk 5 orang pemenang 

TOP REFERREL : TOPUP RM 10 untuk satu pemenang sahaja (hadiah akan ditambah klw sponsor dapat naik melambung )

Jom Join, jika korang nk join, maih SINI..

= Sekian, Hope kita semua dapat top up free.. hehe..=

Monday 13 August 2012

Ucapan Aidilfitri

Kiut nyee :D

Nama Lelaki : Muhammad
Nama Perempuan : Siti Khadijah
Warna Baju : Hijau kekuningan --> CCFF00 <-- Kod

Ucapan Aidilfitri :

Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri [1433] kepada semua blogger & followers & umat Islam umumnya.. Saya juga ingin memohon seribu keampunan kepada anda semua jika terkasar bahasa / terguris hati / dan lain-lain.. Sekali lagi, SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN. Byee.. =.=

Sunday 12 August 2012

BlogKu dan cukup umur 7 hari !



Assalamualaikum korang.. Hai.. Hari ni 12/8/2012, BLOGKU dh genap 7 hari. Yea yea yea, pejam celik pejam celik, dh 7 hari.. wawww !! Alhamdulillah..

Selepas 7 hari berblogger, dibawah ni merupakan analisisnya.. haha :)

Post Publish  - 41
PageViews  - 725
Followers - 38

=Terima Kasih kpd yg follow & melawat ke blog ni=

Saturday 11 August 2012

Husna milik Ustaz Don Daniyyal

Assalamualaikum. Korang kenal USTAZ DON ?? Alahaii, kalau korang tak kenal dia, mesti korang jarang dengar ceramah kannn ?? toll takk ?? haha.. :D ;P.. Ok, dia masih single lagi taww.. 

Amacam broo ?? Hensem ni..

Dan beliau kn tamatkan zaman bujangnya dlm masa terdekat dengan HUSNA.. Bakal isteri Ustaz Don itu ialah pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir..

Maihhh, tengok gambar dibawah ni.
|
|
|
v-------------------------------------------------------------v

ni gambar masa mereka bertunang..

Ni lakk gambar kad perkahwinan mereka.. cantikk dooo !!

gambar kad kahwin ustaz don daniyal
Cantiknyaa.. :D

= Sekian, kredit gambar kpd pemilik asal.. =
= Ammar just mahu berkongsi ngn korang semua =
= Selamat pengantin baru kepada Ustaz Don Daniyal Don Bayyijad & Husna =

NASA Sembunyikan Misteri di sebalik Kota Mekah

Gambar Hiasan


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Kaabah - Gambar Hiasan

Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.


Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….



Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya

Jom Join Segmen ni [ KLIK ]
Cara-Cara nk Join :


1) Follow blog ini.
2) Buat entri:
    - Tajuk segmen adalah " Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya"
- Letak banner simple ni di entry tersebut.

3) Letak link entri anda di kotak komen bawah ni.

*Senarai PESERTA akan di update dari masa ke semasa.
*Saya akan blogwalking semua peserta yang join. Insyaallah.
*Peserta yang terawal dan terakhir akan menerima top-up RM5 seorang. <-- Hadiah ni
*Hope segmen ni ada sambutan la yer.
*Setelah segmen tamat, peserta akan menjadi bloglist saya selama sebulan.
*Kemungkinan hadiah akan ditambah.

Friday 10 August 2012

Gambar | Apek tiru Bolt.

Assalamualaikum semua. Korang kenal Apek takk ?? Alahh, takkan korang tak kenal, penjaga gol nombor 1 negara tu. Ok, Ammar just nk share gambar dia je, nampak serupe je dengan gaya manusia terpantas dunia, Usain Bolt. Layan je gambar dibawah ok.

Usain Bolt punya gaya..

amacam broo ?? 

= haha, saje nk kongsi ngan korang semua =
Salam by Ammar

Pandelela mahu anak muda ikut jejaknya

Aksi Pandalela ketika memenangi pingat gangsa, awal pagi tadi


KUALA LUMPUR, (Bernama) - Penerjun negara Pandelela Rinong berharap pencapaian pingat gangsanya dalam acara 10m platform wanita pada Sukan Olimpik 2012 akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan tersebut.
Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
                
"Kejayaan ini merupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik," katanya anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik di sini, lewat malam ini.
                
Selepas bermula dengan hambar pada terjunan pertama, Pandelela bangkit semula dalam empat lagi percubaan untuk mengumpul  359.20 mata, di belakang juara bertahan Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata.
                
"Ketika itu, saya tidak memikirkan mengenai pingat. Saya cuma mahu meminimakan kesilapan dalam terjunan seterusnya," katanya.
Jurulatihnya Yang Zhuliang dari China berkata beliau bimbang dengan keadaan fizikal Pandelela yang agak lemah ketika tiba di sini selepas menjalani latihan di China.
                
"Sebelum sesi latihan di Chiba, beliau nampak mantap dan memiliki keazaman tinggi untuk melakukan persembahan terbaik pada Sukan Olimpik.
                
"Saya sedar, beliau mengalami masalah tidor dan semalam saya memberitahunya supaya relaks. Mungkin beliau bertekad mahu menyumbang sebutir pingat kepada negara sehingga mengganggu tidornya," katanya.

Wajah Sebenar disebalik topeng Kakashi

Jika anda adalah seorang pencinta Anime pasti anda juga tidak ketinggalan Anime yang Bercerita tentang Ninja kan, Pasti sudah tahu apa, Ya Naruto, Naruto adalah Anime yang sangat popular di seluruh dunia dan di Malaysia. Anda pasti sudah tahukan dengan Guru Naruto, Hatake Kakashi yang suka menyembunyikan wajahnya dengan Topeng pasti Topeng itu membuat anda ingin tahu kan wahjah sebenarnya. Pada kali ini Tabekpuang membuat entry Mengenai Terungkapnya Wajah Asli di Balik Topeng Hatake Kakashi di Kartun Anime Naruto.

Okay lihatlah Wajah Asli di Balik Topeng Kakashi Naruto, Check it out:

Dalam Cerita

Dalam cerita lagi.

v
Nak ambik kau, 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hai Pak Cik :)

Sumber <--

Rasa Megah Lakukan Perkara Dilarang

KEBERANIAN mencuba sesuatu yang berisiko mendatangkan bahaya dilakukan kerana seseorang itu mahu membuktikan bahawa dirinya hebat berbanding orang lain. - Gambar hiasan.

MUSIM perayaan menjelang lagi. Malangnya, musim perayaan ini biasanya akan disertai dengan berita duka mengenai remaja kita yang cedera atau ditimpa kemalangan akibat bermain mercun.
Walaupun kerajaan dan media telah memaparkan berita-berita kemalangan ngeri yang menimpa remaja akibat letupan mercun, bagaimanapun ia seolah-olah tidak membangkitkan kerisauan dalam kalangan remaja.
Biarpun risikonya diketahui, mereka terus bermain mercun seperti biasa, malah ada yang membuat sendiri mercun agar bunyi letupannya lebih kuat.
Semua ini hanya berlaku setiap kali tibanya musim perayaan dan tidak pada waktu yang lain. Ia memberi gambaran menyambut hari raya mestilah disertakan bersama dengan permainan mercun.
Adakah faktor-faktor psikologikal juga menyumbang kepada kejadian yang tidak diingini itu?
Kajian-kajian psikologi menunjukkan terdapat perbezaan persepsi mengenai risiko antara remaja lelaki dan perempuan.
Remaja lelaki didapati tidak begitu menghiraukan aspek risiko jika dibandingkan dengan remaja perempuan. Ini juga mungkin ada kaitannya mengapa dalam banyak kes melibatkan kemalangan jalan raya atau kecederaan fizikal disebabkan bermain mercun, ia lebih banyak melibatkan remaja lelaki.
Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan terdapat perbezaan persepsi mengenai keselamatan diri antara golongan remaja dan orang dewasa.
Tatkala orang dewasa secara umumnya lebih bersifat menghindar daripada risiko, golongan remaja pula melihat risiko sebagai satu 'cabaran'. Lebih-lebih lagi, cabaran ini biasanya diberikan 'penghargaan' atau penghormatan oleh rakan-rakan mereka yang lain.
Sebab itu, kita dapati pada peringkat usia remaja, mereka tidak lagi bermain bunga api kerana ia dianggap sebagai permainan yang tidak mencabar.
Mereka akan berasa lebih hebat kalau mampu bermain dengan mercun yang letupannya lebih kuat, sebagai bukti aktiviti itu boleh menunjukkan kelakian mereka.

Rasa hebat
Mereka yang berani menempuh risiko dianggap sebagai individu yang hebat dan unik. Pada usia remaja, tatkala mereka masih mencari identiti diri, penghargaan daripada rakan sebaya yang lain dianggap sebagai satu elemen penting.

Saban tahun, ada saja rampasan mercun oleh pihak berkuasa.

Pengaruh rakan sebaya inilah yang menjadikan persepsi mereka terhadap risiko berubah. Tanggapan bahawa 'risiko' sebagai sesuatu cabaran itu juga menyebabkan banyak remaja kita terjebak dengan kegiatan berbahaya yang lain, termasuk lumba haram atau penyalahgunaan dadah.
Walaupun ingatan dan amaran telah diberikan, namun mereka tetap meneruskan tabiat yang berisiko.
Boomerang effects
Keadaan itu menjadi bertambah teruk apabila remaja tersebut diperangkap oleh boomerang effects. Dalam bahasa yang mudah, 'semakin dilarang, semakin dilakukan'.
Mereka akan lebih terpesona dengan aktiviti yang dilarang atau dianggap sebagai sesuatu yang tidak disukai oleh ahli masyarakat yang lain. Semakin dilarang sesuatu perbuatan itu, maka dengan melakukannya ia akan menjadikan seseorang itu merasa gah.
Kajian-kajian terkini menunjukkan boomerang effects inilah yang menyebabkan banyak kempen yang melibatkan remaja mengalami kegagalan. Misalnya dalam kempen antirokok atau cegah jenayah yang lain. Mereka akan cuba melakukan sesuatu yang dianggap terlarang kerana ia dianggap sebagai norma yang diterima oleh ahli kumpulan lain.
Sudah sampai masanya, kita harus mengubah semua ini. Mercun tidak lagi harus dianggap sebagai permainan dalam tradisi perayaan kita, sebaliknya ia hanya membazirkan wang dan merosakkan diri sendiri.
Letupan mercun dianggap sebagai membangkitkan keseronokan hanyalah persepsi psikologikal semata-mata, sedangkan hakikat sebenar ia membuka ruang untuk ditimpa kecelakaan.
Ia juga tidak harus dianggap sebagai permainan yang membangkitkan cabaran. Cabaran sebenarnya ialah keberanian kita untuk tidak lagi bermain mercun.
Ketika ini, menyesal sudah tiada guna.. Tangsian mengiringi, doa diminta.. Beringatlah wahai insan, bahaya dimana-mana.




********************************************************************************

Artikel lain yang korang mesti baca :

---- Jom buat duit online
--- Gambar artis yang sudah berhijab



Gambar Perubahan Terbaru Nuffnang

Assalamualaikum korang. ni AMMAR nk kongsi tentang perubahan CIK NUFFNANG ni.. layan je gambar di bawah yee...

(: Klik Gambar untuk lebih jelas :)

Kenapa Earning Nuffnang Aku Tak Meningkat ?

Assalamualaikum korang ~~ :(.. Ammar x tahu r ari ni.. sedeyyyh gile kot.. ni sebab Nuffnang Earnings Ammar tak "gerak" langsung.. Dari dulu smpai skunk, tiada perubahan.. Asyik RM 0.40 je.. Ape kes.. Korang x caye, nahhh, klik gambar bawah ni.. sedeyyy woii :'(

:'(

Heyy korang, ade tips / motivasi takk untuk Ammar ?? x tahu nk buat ape dah ni.. tapi belum berputus asa dooowww !! :)

= Jangan Lupa Klik Gambar di bawah, untuk bantu Ammar yearrr =

Thursday 9 August 2012

Jom "Bersukan" di Google

Assalamualaikum korang.. terkejut ke ngan tajuk tu ?? ahahaha..  Tengok gambar dibawah, sambil bukak facebook / twitter / blog / etc tu, korang boleh  la hilangkan stress dgn layan simple game by google tu ye..


Semoga korang berjaya membawa pingat emas yyuu.. haha :)

Jika korang nk lebih banyak game, pergi SINI.. pastu klik kt tepi kiri tu yee.. Bye..

= SELAMAT BERJAYA = :D

Wednesday 8 August 2012

Laman Web Nuffnang sudah "berubah"



Assalamualaikum !! Korang kenal NUFFNANG ?? ok, nuffnang ni yang ada kt setiap blog tu.. iklan tu.. haha.. ok hari nk kongsi bhawa laman web nuffnang dh bertukar rupa.. haha.. x caye ?? pergi sediri SINI.

Semakin Ramai Selebriti Berhijrah


KL, 8 OGOS 2012: Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.
Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.
Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.
Portal Murai mengucapkan syabas buat kesemua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka akan terus dirahmati Tuhan serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama.
Sama-samalah kita mendoakan kebaikan mereka untuk kebaikan kita semua bersama. Amin....

Alhamdulillah, Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah
Sila klik gambar ini untuk lebih jelas.
Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-
1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah

Jom buat duit ONLINE !

Assalamualaikum korang semua.. pernah dengar Churp-Churp takk ?? pernah dengar Nuffnang takk ?? pernah dengar SAYS.COM takk ?? ~ahakk's~.. Hari ni nk berkongsi tentang SAYS.COM ni.

Says.com

Ok. Says.com ni sama je seperti Churp-Churp, dimana ia mengamalkan sistem klik & dpt untung ! faham takkk ? bermakna korang kena promote kt kawan-kawan korang, suruh klik iklan yang telah korang pilih di Says.com/. Ok. faham dh kan ?? Ok, maih sini nk invite korang daftar Says.com plakk..

Ok, Sebelum tu, Click link ni dulu ok --> Bantu ! <--

Ok dah kan.. Ok, untuk mendaftar senang ja, pergi ke SINI. Ok, then korang isi la apa-apa yg diorang suruh korang isi tu. Ok lepas siap korang cari kt situ gakk, dia tulis recommendation. Haa, disitu lah tempat korang nk pilih iklan untuk di promote kan kpd orang lain untuk klik... 

= Bye U All, harap ni dpt membantu kita semua mencari pendpatan lebih... hehe.. Mohon maaf jika tersalah info / terkasa bahasa = Bye..

Monday 6 August 2012

Sambil Blogwalking Dapat Hadiah ! By Nurul

Segmen : Sambil BlogWalking, Dapat Hadiah !
Assalamualaikum korang. Korang nk hadiah takk ?? Nak takk ?? Eh, nakk takk ?? cepat laa ??? Ok, korang nk la tu.. Ok mai sini Ammar nk kongsi tentang segmen dari Nurul ni. Jika korang nk sertainya, jom klik SINI. Korang tahu tak hadiah dia ape ?? menarik wooo !! 

Ade 14  hadiah semua untuk kita rebut.. cepat, ni terhad kpd 200 orang peserta je !

Hadiah :

  1. 3 Header by Aiman Aziz (3 pemenang)
  2. Header by Miss Z (2 pemenang)
  3. Header by Nur Aina Nazura (2 pemenang)
  4. Accessories by Vee Rao (1 pemenang)
  5. Topup RM 5 by Siti Hajar (1 pemenang)
  6. Cursors by Aieen Shitobi (3 pemenang)
  7. Simple Header by Ain Farzana (5 pemenang)
  8. Mustache necklace by Fash Burnout (5 pemenang)
  9. Voucher by Kierah Closet (5 pemenang)
  10. Perfumes,Blouse dan Handbag by Blouse Closet (3 pemenang-1 pemenang 1 hadiah)
  11. Header by Anna Wafie (3 pemenang)
  12. Brooch by  Hotz Mumma-My Blog-My Story-My Life (2 pemenang)
  13. Voucher RM 5 by ShawlsToLove (1 pemenang)
  14. Voucher 5% by Maira Diana Shoppe (5 pemenang)
Cepat klik SINI. Jangan smpai terlambat tauu !

Pencarian Blogger Aktif #2 Oleh Mialiana.com

Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012
Assalamualaikum Blogger. Hari ni ketika Ammar sedang menjalangkan rutin harian Ammar [blog-walking], Ammar terjumpa satu.. orang kata macam kontes gakk arghh, so, ape lagi nk join la Ammar. Korang nk join takk ?? Jika korang nk join PENCARIAN BLOGGER AKTIF oleh mialiana.com, anda mestilah seorang yang selalu update blog anda sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu dan yang rajin blogwalking sekurang-kurangya blogwalking ke 10 blog setiap hari. Apa itu blogwalking ?? Alahai, blog walking tu kita pergi jalan-jalan blog orang & tinggalkan & follow blog tu.. faham ??. Ok,jika faham, jom sertai Ammar di mialiana.com.

Jom ber-BlogWalking.

Untuk kesihatan.. :)


Assalamualaikum blogger. Jom sama-sama blog walking pagi ni.. ala, jangan malas-malas, untuk "kesihatan" blog jgkkk.. Jom, Apa itu Blog Walking ?? Blog Walking ni bermaksud, kita pergi masuk blog orang lain, contoh masuk blog tu, masuk blog ni. Tapi, masuk bukan sebarang masuk tau, tinggalkanlah jejak korang dlm blog diorang tu. Apa itu jejak ?? Jejak ni bermaksud, korang tinggalkanlah LINK blog korang dalam tu, contoh tinggalkan link blog NI dalam blog orang yg kita dah terjah tu.. Pastu, jgn lupa follow diorang k. Pastu, jika diorang baik, diorang follow lah kita balik..

Ok, sekian.. Ammar nk pegi berblog walking jappp..

Sunday 5 August 2012

Penemuan Tubuh Manusia Dalam Ikan Jerung [ GAMBAR ]

Perutnya !


Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan.

Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan²nya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu.

Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia!

Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia. Mangsa ikan berkenaan sehingga sekarang tidak diketahui. -blogammar

Kaki ?? Tangan ??

Austrafirullah hal'azim !


SUMBER !

Cara dapatkan URL Gambar

Assalamualaikum Blogger & rakan-rakan.. Untuk tutorial ni, ikut je ape yang diperkatakan dibawah.

Ini lepas kita upload gambar kt blogger kan !! Kita perlu KLIK PADA KANAN mouse tu dan KLIK Open Image in New Tab seperti dalam gambar tu.. pastu tengok kt atas sekali.. dia ada tulisan serabai gitu.. Ha, yang tu la URL Gambar.. Ok.. dah !!

Sekian Tutorial Ringkas.. Semoga memberi manfaat.

Apa Itu Blog ID ?

Assalamualaikum Blogger !! ni nak tunjuk kepada yang kurang tahu dimana blog ID dia tu, OK.. Tengok je gambar di bawah.

Sila KLIK gambar ini untuk melihat dengan lebih jelas.. 
Dalam gambar diatas, ada ARROWS tu kan, yang duk tengah-tengah antara kedua-dua ARROWS tu merupakan BLOG-ID.. Ok..

Sekian Tutorial ringkas kepada Blogger sekalian !!

Download Photoshop CS 4


Assalamualaikum. ni nk kongsi link untuk download photoshop. Tapi sebelum tu, Ammar nk memperkenalkan photoshop kpd korang.

Photoshop adalah program grafik editing yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems.
2003 Adobe Creative Suite "penjenamaan semula membawa kepada penamaan semula Adobe Photoshop 8, Adobe Photoshop CS. Oleh itu, Adobe Photoshop CS6 adalah pembebasan 13 utama Adobe Photoshop. Penjenamaan semula CS juga menyebabkan Adobe menawarkan pelbagai pakej perisian yang mengandungi pelbagai program Adobe untuk harga yang lebih rendah. Adobe Photoshop ini dikeluarkan dalam 2 edisi: Adobe Photoshop, dan Adobe Photoshop Extended, dengan itu Extended mempunyai penciptaan imej tambahan 3D, gerakan penyuntingan grafik, dan maju ciri analisis imej [5] Adobe Photoshop Extended adalah termasuk dalam semua tawaran Suite Kreatif Adobe. kecuali Piawaian Design, yang termasuk Adobe Photoshop edisi.
Bersama Extended Photoshop dan Photoshop, Adobe juga menerbitkan Photoshop Elements dan Photoshop Lightroom, secara kolektif dikenali sebagai "Adobe Photoshop Keluarga". Pada tahun 2008, Adobe mengeluarkan Adobe Photoshop Express, alat penyuntingan imej berasaskan web percuma untuk mengedit gambar secara langsung pada blog dan laman-laman web rangkaian sosial; pada tahun 2011 versi yang telah dikeluarkan untuk sistem operasi Android dan sistem pengendalian IOS [6] [7. ]
Adobe hanya menyokong Windows dan Macintosh versi Photoshop, tetapi menggunakan Wine, Photoshop CS4 boleh berjalan agak baik di Linux. [8]


Jika anda mempunyai WinRaR, anda boleh mendownloadnya & guna tetapi jika tidak mempunyai WinRaR, anda sekadar mendownload & tidak boleh diguna. Okkk..
Ok, dah kenal photoshop ?? Skunk korang boleh klik sini--> Photoshop CS 4..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...