Pages

KemahKeming68
KemahKeming68

Friday 10 August 2012

Pandelela mahu anak muda ikut jejaknya

Aksi Pandalela ketika memenangi pingat gangsa, awal pagi tadi


KUALA LUMPUR, (Bernama) - Penerjun negara Pandelela Rinong berharap pencapaian pingat gangsanya dalam acara 10m platform wanita pada Sukan Olimpik 2012 akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan tersebut.
Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
                
"Kejayaan ini merupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik," katanya anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik di sini, lewat malam ini.
                
Selepas bermula dengan hambar pada terjunan pertama, Pandelela bangkit semula dalam empat lagi percubaan untuk mengumpul  359.20 mata, di belakang juara bertahan Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata.
                
"Ketika itu, saya tidak memikirkan mengenai pingat. Saya cuma mahu meminimakan kesilapan dalam terjunan seterusnya," katanya.
Jurulatihnya Yang Zhuliang dari China berkata beliau bimbang dengan keadaan fizikal Pandelela yang agak lemah ketika tiba di sini selepas menjalani latihan di China.
                
"Sebelum sesi latihan di Chiba, beliau nampak mantap dan memiliki keazaman tinggi untuk melakukan persembahan terbaik pada Sukan Olimpik.
                
"Saya sedar, beliau mengalami masalah tidor dan semalam saya memberitahunya supaya relaks. Mungkin beliau bertekad mahu menyumbang sebutir pingat kepada negara sehingga mengganggu tidornya," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...