Pages

KemahKeming68
KemahKeming68

Thursday 25 October 2012

SAH ! Apek Nikah Leuniey Disember Depan

Sah, Apex Nikah Leuniey Disember Ini!
Selamat pengantin baru Pekk !


KUALA LUMPUR, 24 OKT 2012: Tanpa berselindung, pengurus peribadi penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Mohd Razif Mohd Rosdi mengesahkan bahawa ikon bola sepak itu bakal menamatkan zaman bujangnya Disember ini bersama kekasihnya, Leuniey.


Bagaimanapun, Mohd Razif atau Razif memohon agar Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, diberi ruang dan masa untuk mengulas lebih lanjut tentang berita pernikahan itu.
"Ya, memang betul. Apex bakal berkahwin dengan Leuniey pada Disember ini. Pun begitu, untuk sementara waktu berikan Apex masa yang sesuai untuk menerangkan lebih lanjut tentang persediaannya ke alam berumahtangga.


"Bukan niat Apex dan keluarga untuk menyembunyikan berita gembira ini. Cuma, sekarang ini, Apex mahu fokus dengan Piala AFF Suzuki yang bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.


"Saya mewakili Apex, Leuniey dan keluarga kedua-dua individu ini memohon maaf kerana tidak boleh memberikan komen yang lebih terperinci. Apabila waktu yang sesuai tiba, segalanya akan dijelaskan dengan lebih. Doakan yang terbaik dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar," katanya kepada murai.com.my.


Pengurus peribadi Apex itu juga pada masa yang sama masih belum boleh mengulas lebih lanjut mengenai tarikh sebenar majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini. Sebaliknya, dia berjanji akan mengumumkannya dalam masa terdekat nanti.

Info : Murai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...