Pages

KemahKeming68
KemahKeming68

Friday, 26 October 2012

"Jaga Leuniey Macam Jaga Gawang" - Ibu Leuniey

Leuniey bersama ibu dan bapanya.

KOTA BHARU - "Saya harap Apek (Khairul Fahmi Che Mat) akan jaga anak saya dengan baik seperti dia menjaga gawang daripada dibolosi."

Itulah harapan Nor Laila Abu Bakar, ibu kepada Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, terhadap penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi, 23 yang akan berkahwin dengan anak sulungnya itu yang dijadualkan pada Disember ini.

Nor Laila, 45, turut berharap perkahwinan itu nanti bakal menutup segala kontroversi yang memalit Khairul Fahmi selama ini.

Menurutnya, tarikh perkahwinan mereka akan diumumkan sendiri oleh Khairul Fahmi dan Leuniey sebaik sahaja selepas tonggak utama The Red Warriors itu seleas menggalas cabaran disaingan Piala AFF, November nanti.

"Tarikh nikah akan diumumkan sendiri oleh Khairul Fahmi dan Leuniey melalui satu sidang akhbar yang akan diadakan sebelum majlis perkahwinan itu" katanya ketika dihubungi oleh pihak Sukan News semalam.

Nor Laila mengesahkan bahawa hubungan anak sulungnya bersama Apek menjadi semakin rapat selepas terlibat dalam iklan Simply Siti.

"Apek seorang pemuda yang baik, tidak seperti yang digembar-gemburkan selama ini." - katanya lagi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...