Pages

Monday, 31 December 2012

Malasnyo Nok Sekolah ! Huaaaaaaaaaaaaaa !

Assalamualaikum ~

Hua Hua Hua Hua Huaaaaa !!!!
Esok dah sekolah, mungkin ayat Malasyo Nok Sekoloh akan keluar dari bibir mulut aku, pagi esok xDD.

HeHe, tapi takpo, berbekalkan semangat dan iltizam, aku yakin aku mampu mengubahnya...
Kih3.

Insyallah, lagipun 3 hari jerrr ~ hehe, pastu cuti 2 hari dooo. hua hua hua, 3 hari bagaikan 3 bulan dooo..



Salam dgn rakan lama :(

Apa-apa pun, aku bolehlah bersua dgn rakan2 yang telah aku tinggalkan selama 1 bulan 27 hari ini...

HUHUHUHUHU :((((((((((((((((((((((((((
BYE, salam terakhir untuk tahun 2012 dari ku !

Saturday, 29 December 2012

Yeaaaaaaaa ! Aku Menang Domain Dan RM 20 !

Assalamualaikum.

Pertama kali, aku bersyukur sebab dapat domain .com.my dan RM 20 dari Cik Tom ^_^

HuHu, Ni sebab aku join CONTEST ni la >.<

CONTEST BERSAMA CIK TOM DAN EXABYTES

Aku sebenarnya, tak thu plak aku menang ~ hehe.

Tapi abang Udinz plakk tetiba mesej aku kata "kemah...meney demo kt ciktom

Aku tertanya-tanya, ape bende lah Udinz ni, ( dalam hati ingatkan bergurauu).

Pastu dia bagi link, aku terus pegi ke log Cik Tom,

Puiii, terkejut berukk aku, tak sangka plak menang ~

Dah namanya rezeki ! hehe (Y)

Pemenangnya ialah;
No. 6>> Wan
No 2>> Ammar Aliff
No 19>>Halim

Tak sia2 aku sertai contest tu ~ huhu, Alhamdulillah ! 

Terima kasih Udin sebab gitau aku, kalau tak, rezeki ni melayang entah ke mana ~ hehe.

Friday, 28 December 2012

Live Streaming Astro Warna @ Maharaja Lawak Mega 2012

Gambar Perkahwinan Apek

Assalamualaikum ~

Ni aku nak kongsi gambar perkahwinan Apek dan Leuniey ~

Untuk pengetahuan, diorng kahwin pagi tadi ! HuHu.
Semoga jodoh kekal sehingga akhir ayat :)

P/S : Bila la aku nk kahwin ni...










Apekk tuu..



Senyum ada makna tu..



Senyum lagi ~ Adoiii

Senyum lagi ~

Aku kreditkan semua gambar perkahwinan Khairul Fahmi dan Leuniey diatas kepada pemiliknya yang aku ambik dari facebook ~ HeHe..

Adik Kembar Aku ~

Asslamualaikum dalan salam sejahtera saya ucapkan ( dah macam PM kan ? )

Ikhlas aku kata, aku tak terfikir pun nak menulis pagi ni ~ HeHe. Tapi dipaksa oleh Puan Lily ni.
Kejam betoll la mak cik ni ~ HeHe.. Opss, sebelum terpula, iainya hanya gurauan semata-mata, hidung dan telinga...

HaHa, banyak pulak aku merapu pagi buta ni, ok. Aku teruskan menaip walaupun bantal dan selimut semakin kuat memanggil..

Dengan ini, aku memperkenalkan, Muhamad Ariff Adham dan Muhamad Ameen Aiman..

Ameen atau Meen.

Ariff atau Ayehh.

Sebernarnya, Lily ni mintak gambar jer ~ tapi takpe lah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai terasam masam.. Hua3.

Adik kembar aku ni dilahirkan pada abad ke-21 di sebuah pulau iaitu kepulauan Melayu (Malaysia la). Tapi aku lupa plak dia lahir bulan brape ~ HeHe, al-maklumlah, aku ni dah tua kan ? HAHAHAHA :P

So, tu jer lahhh ~ Tak de idea nk buat ulasan panjang2 ! Jika psal bola, orang bagi 10 ayat, aku boleh ulas 10 perenggan ~ HeHe.. Minat lah katakan.. ( Merepek apa plak ni ? Kentut betul la )

Ok lasss, izinkan aku mengundur diri dan menarik kerusi.. keh3.

Pagi-pagi buta, ni aku laparr la ~ Jadi, aku nak pegi makan jap bersama adik kembar kesayangan aku ni.. Opss, terlupa plak adik aku yang form 1 tu, biarlah dia.. Teruskan tidur ~ Menyemak jerr ! hehe xDD

Mereka berdua ni dah bersedia ~ HeHe. Lapor bebeno lah tu..

Bila tengok gambar atas ni, kesian plakk muka diorang ~ HaHa..

HAHAHAHA. Assalamualaikum, jumpa anda dilain hari, Insyallah ~

Thursday, 27 December 2012

Bapa Kandung Leuniey SahKan Takkan Hadir Esok

Ni apa kes plak ni, bapa kandung Leuniey tak nak hadir. Sedangkan, dia bapa kandung. Apa pendapat korang ? Adakah hanya mahu mencari publisiti murahan ? Aduhaii, semakin dekat, semakin banyak plak kontroversi. Jika nk tahu, baca ok ~



Bapa kandung kepada Leuniey Natasha, Jaafar Mohamad, 52, hari ini mengesahkan bahawa dia tidak akan hadir ke majlis pernikahan anaknya itu bersama penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex.

Perkara ini diberitahu sendiri oleh pengurus kepada Apex yang menemani Leuniey dan sepupunya ke rumah Jaafar semalam untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan.

Kehadiran Leuniey disambut Jaafar dan isterinya bersama adik kandung Leuniey yang tinggal dengan keluarga bapanya itu.

Jaafar kemudiannya memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana dia ada alasannya tersendiri namun mendoakan kebahagiaan Leuniey dan bakal suami selain berharap majlis pernikahan itu dapat berjalan dengan lancar.

Menerusi temubual dengan pengurus Apex juga, Leuniey berkata keputusannya untuk menyerahkan kad jemputan perkahwinan bukanlah disebabkan kenyataan media semalam yang melaporkan Jaafar tidak dijemput sebaliknya ia disebabkan oleh Leuniey sendiri yang berjanji untuk menyerahkan kad jemputan tersebut kepada bapanya.

Dalam pada itu, Leuniey menjelaskan dia tidak menyalahkan Jaafar yang telah membuat kenyataan kepada media semalam kerana dia faham akan situasi bapa kandungnya itu. Dan sebagai anak, dia memang berharapkan kehadiran bapa kandung pada majlis paling bersejarah dalam hidupnya itu nanti.

Leuniey juga turut menjemput ibu tiri dan adik kandungnya ke majlis itu namun mereka berdua berkata mereka hanya akan hadir sekiranya Jaafar turut hadir ke majlis berkenaan.

Sementara itu, keluarga Leuniey yang diwakili oleh bapa tirinya, Nazri berkata mereka sekeluarga sememangnya mengalu-alukan kedatangan Jaafar dengan pintu yang terbuka dan berharap kehadiran Jaafar dapat menyerikan lagi majlis pernikahan Leuniey dan Apex.

Alhamdulillah ! Dah Berjaya Tukar Domain !

Assalamualaikum.

Ku panjatkan syukur kepada Allah kerana telah memberi rezeki yang tidak ku jangka ini.

Ohhh ~ Ingatkan sudah tertipu, tetapi, domain .my akhirnya dapatku  miliki :)

Aku ingin mengucapkan salam takziah kepada orang yang aku invited, tapi kata aku menipu !

Tu la, tak percaya sangat, skrang tengokkkk ~ HeHe.

Aku bukan nak riak sangat, tapi nk bagi diorang "faham" sikit...

HuHuHu. Apa2pun, aku bersyukur !

Rezeki Rezeke ^_^

Lagi bersemangat aku nak menulis ni. HeHe.

Inikah yang dinamakan sweet ending ? wkakakaka

Monday, 24 December 2012

Apek + Leuniey {Save The Date}

Apek + Leuniey {Save The Date}.
(: Klik Gambar Dibawah Untuk Menonton :)


Yeaaa ! Nuffnang Balas Tiket Aku ! Yahooo !

Assalamualaikum ~

Amboii, tajuk aku tu bukan main happy kan ?
Wewewewewewewewe xDDD

Bukan ape, Encik Nuffnang ni memang peramah orangnya... ( ayat bodexxx )

HaHaHa. Aku hantar tiket, Alhamdulillah Encik Nuffnang reply.

Aku usha email aku tadi, tiba2 nampak nama HELPDESK. Reply To Your Ticket.
Aku ape lagi, terus terkam...( sambil melompat )

Apa yang aku tak puas hati, Nuffnang ni reply dalam bahasa Mat Saleh.
Aku lupa lak, hari tu aku pegi rajin2 speaking tanya diorang ~ Aduihhh.

Tapi takpe, English aku ni bukan la terok sangat, boleh la faham ~ hehe ( perasan )

Nahh, dibawah ni reply dari Encik Nuffnang.

Salam sejahtera Muhamad Ammar,

Terima kasih kerana menulis kepada kami! :) 

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPUV bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh A!
 dvertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Tu la dia reply kt aku ! Alhamdulillah, lepas dia reply, earning aku dh pun naik ~
Walaupun tak banyak, tapi ada jugak la !
Thank You Nuffnang ~ Ni buatkan aku semakin semangat ! Hua3

Sunday, 23 December 2012

Pencarian Bloglist Januari 2013 by Nurfara Hani



Assalamualaikum !
Jom join Pencarian Bloglist Januari 2013 oleh Fara.

Syarat2nya simple gilerrr ~
Semua boleh join !
HeHe.

Tapi cepat sikit, 26 Disember dh tamat dah ~ Sape nk join, klik banner atas tu k.

Cara Buat Auto Description Ketika Share Link Di Facebook

Woitttttt ~

Assalamualaikum dan selamat petang, malam dan pagi ^__^
Hari ni, rajin pulak aku nak buat tuto ~ muahahahaha.
Bukan nape, ramai blogger yang belum tahu kot ~

Tapi takpe, hari ni korang akan tahu jugakkk !!


Mula-2, baca BISMILLAH  dulu ~ hehe, mintak berkat dariNyaa :)

2) Pergi Dashboard atau Blogger.Com --> Settings --> Search Preferences !

3) Ok, pastu korang akan jumpa META TAGS.

Sila Klik Gambar Diatas Untuk Saiz Lebih Anggun...

4) Ok, pastu korang perlu isikan DESCRIPTION yang ada dibawah META TAGS tu ~

Ok Done !

Eh Eh Eh, belum selesai lagi. Skrang korang kena letak pulak Description untuk post ~.

5) Setiap kali nak post, korang perlu isi lah benda kt bawah ni ok ? !
Ni la benda tu...

Ok, lepas isi Search Description ni, try korang share posting korang di facebook ~ 
Ada takk ?

Yess, aku dah ada ! Hoorayyy !

= Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya =
Jangan Lupa Tengok Sini Juga.





Saturday, 22 December 2012

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !
CONTEST BERSAMA CIK TOM DAN EXABYTES
Klik Jika Nak Join Ok !

Jom join segmen dari CikTom !
Hadiahnya ialah domain “xxx.com.my”+ RM20 untuk 3 pemenang. Pemenang ditentukan berdasarkan cabutan bertuah dari random.my !

Komen Ikhlas Untuk Blog Cik Tom :

~ Blog Cik Tom ni boleh disifatkan sebagai kemas dan tersusun dan yang lebih penting, ringan ! Tak perlu loading lama2 untuk manusia seperti aku yg berinternet lembap ni ^_^.

Sumber gambar dikreditkan kepada LokmanRamli[dot]my

Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes.

Awas ! Auto Subscriber Menipu !

Berdirinya aku disini disebabkan tiada kerusi dan aku tetap teguh untuk menulis walaupun 
baru sahaja menulis sebentar tadi..  ( SINI )

Sekarang ni, ramai pulak yang nak "famous secara ekspress..".
Haaaaaaaaaaa, Yang aku kata ni, memang betul dan berasas woi !

Semenjak semalam, aku dah tengok 3 rakan facebook aku buat macam tu dan diTIPU ~

Entahlah, samaada diorang tak tahu apa benda "Auto-Auto" ni, atau diorang sengaja nk cari pasal..

Kesian aku tengok, jadi Auto Post lakkk !

Nasihat aku, tiada benda2 ekspress ni. Jarang2 ada la.
Tapi banyak yang menipu kot ~ HuHu.
SEKIAN..

Hujan Oh Hujan ~

Assalamualaikum ~
Sebenarnya, aku malas pun nak menulis hari ni..
Tapi, disebabkan hujan, aku ada idea sikit nk menulis ~ hehehe..
Tulis la apa yang patut kan ?

Aku bagi gambar dulu utk kurangkan keletihan aku.. (harap memahami kehendak aku)
Gambar dari sudut tepi rumah ~

Adik kecik aku pun bosan dh..

Dah takde gambar lain, gambar ni pun jadi laa

Bila hujan, dah sah sah benda ni tak boleh tengok ~

Longkangnya ku sudah dilimpahi air la ~

Lebatnya hujan hari ni, korang boleh gambarkan sendiri ~
Rumah aku 0.5 cm ( aku ukur dgn pembaris )

Bila hujan, ada lerrr yang........... (faham2jela)

Oppps, maaf yer dik, kebetulan kau yang lalu time aku pegang kamera ~ hehe :P

Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni..
Jika berada di Kota Bharu @ Wakaf Che Yeh ni macam berada di Cameron Highlands kot ~
Sejukkk woiii !!!


P/S : Hujan-Hujan Tak Perlu Pegi Tuisyen... Yezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzaaa !


RM100 Give Away dari Eyriqazz.Com

Peluang untuk anda semua memenangi RM 100 dari Eyriqazz.com
RM100  Give Away ( RM20 each buat 5 pemenang) buat pembaca blog Eyriqazz.Com

Kepada yang nak tambah duit poket tu, boleh la sertai nya di sini.

Hadiah Pemenang akan digandakan 2 kali ganda sekiranya Eyriqazz memenangi  iPhone 5 Gadget Impian.

Friday, 21 December 2012

Benda Yang Tak Perlu Diletak Dalam Blog


Assalamualaikum,
Ni aku nak kongsi BENDA YANG TAK PERLU DILETAK atau WUJUD DALAM BLOG KORANG !

1) Jam dan Kalendar Di Blog
~ Benda ni memang dianggap bodoh oleh blogger-blogger professional sebab meletakkan jam tu, apa motif dia ehh ? Lagipun, dengan laptop @ computer, semua ada jam kan ? semua ada kalendar kan ? Ada orang kata, letak untuk cantikkan blog ~ HUHU, bagi aku, cantik tu sikit jer, tapi berat dia memang memberi kesan besar kot ~

2) Gambar Bergerak, Terlalu Banyak
~ Gambar bergerak ni, jika korang timbang blog korang, memang dialah pemberi "lemak" terbesar untuk blog korang tu ~ Tak percaya, pergi lah timbang, aku pun pernah try letak, memang berat woii !.

3) Music Auto Play
~ Ni memang orang BENCI. Sebab, bukan semua orang suka dengar lagu woi ~ Kemungkinan, blog korang akan dimark oleh mereka, supaya tak masuk sebab lagu2 tu menggangu. Jika nak letak, sila letak yang boleh PAUSE.

 Fikir Atau Review Balik Gadget-Gadget Yang Korang Letak
~ Ini aku boleh sifatkan amatlah PENTING sebab janganlah letak gadget-gadget yang tiada fungsi seperti CCTV dan benda-benda sewaktu dengannya. Orang nak membaca pun boleh terganggu kot kan ? Tak salah nak menghias blog, tapi janganlah "over" sangat. HuHu, lagipun benda ni boleh menyebabkan loading blog korang lama ~ HuHu, fikir sendiri la jika blog berat ~ sape lah yang nak masuk kan ? Kalau aku, terus tekan PANGKAH jer ~ malas lah nak tunggu blog diorang ~ HeHeHe.


Segmen : Review Blog By Fateha Halim

Assalamualaikum,

Kepada semua rakan2 blogger, jom join Segmen : Review Blog Oleh Fateha ni !
Syarat-syarat :


 Wajib follow blog teha.

 Tolong click Sini , sini , sini dan sini. Tunggu sampai habis loading. Tolong JUJUR, tak perlu print screen. Kalau nak buat juga lagi teha suka :)

 Buat satu entry tentang "Segmen : Review Blog By Fateha Halim" bersertakan banner tu dan pastikan awak link kan ke blog ni. 

 Tag ? No need but it's up to you whether you wanna put it or not.

Ok, dah tahu syarat2 tu, boleh la korang klik banner dibawah dan aku akan terus bawa korang ke tuan punya segmen menaiki keretapi terpantas dunia..



P/S : Dah sampai belum ? hehe :P

Thursday, 20 December 2012

Inikah Yang Dinamakan Bangang ?

Assalamualaikum..
Ni haah, aku nk cerita pasal nuffnang ni ~

Aisshh, aku bukan main usaha untuk menarik orang ke blog aku ni.
Bila aku check di stats Blogger, semuanya nampak macam "famous" jer blog aku ni (riakkan ?)

Tapi bila aku tengok hasil di Nuffnang...

Cukup mengecawakan..

Macam sia2 je kerja aku update blog selama ni ~ harapan aku boleh la tengok perubahan sikit..

HUHUHU.

Aku ni sejenis manusia yang mempunyai semangat PENYIASAT (perasan).
Bila ada benda pelik, mesti aku siasat.

So, aku dh buat siasatan, rupanya punca utama ialah kerana aku tukar TEMPLATE BLOG !
OH NOOOOO ! Aku tukar dan iklan habisss HILANG..

Tapi takpo, aku tahu ni ujian darinNya. Mungkin nk beri lebih banyak kot ~
HeHeHe. Insyallah :D
Assalamualaikum, sekian.

Wednesday, 19 December 2012

Bayaran Pertama Dari Says

Assalamualaikum.
Yess Yess Yess (Tanda Happy).


Hari ni happy mengkhinzir buta sebab aku dah dapat bukti bahawa Says dah bayar balik usaha aku semenjak berkurun lamanya ( tipu )..

Aaaaa, percayakah anda ? 
mohon percaya la woi..
Tengok ni... vvv


HAHAHAHAHAHA
Dah Cashout sejak September lalu, Says baru hantar pengesahan 4 Oktober dan aku baru bukak 12 Disember..

Fuhh, lama betoll kan ? kan ? kan ?
HAHAHAHA, Sekarang ni duit says sedang melimpah dari poket ~ wkakaka ( ayat pemanis ).

Ni aku nk imbau balik kenangan AKU DAN SAYS ~__~



First time aku nak tekan button CASH OUT NOW kt dashboard aku, memang... 

Tak tahu nk kata, takut + tak tahu nk buat apa sbb first time buat duit online ~
Tapi Alhamdulillah, Usaha ku terbalas ~ Ohhhh, sedapnyaaaa... (ayam goreng)

HAHAHAHA. Salam Satu Malayciaa..

Saturday, 8 December 2012

Penyokong Kelate, Memang Terbaik !

Penyokong Kelate sekali lagi membuktikan bahawa mereka lah yang terbaik.
Semalam, itu sekali lagi terbukti apabila hampir 25ribu orang berada di dalam stadium dan 10 ribu lagi pulang hampa dek kerana terlalu ramai. Ada diantara mereka hanya mampu berada di luar.

Nahh, aku bagi chant untuk anda semua tengok suasana sebenar bolasepak di Kelantan.
Layaann ~~






Gambar ni paling best, ramai lagi nk cari tiket. aduhh.






Pengorbanan mereka adalah semata-mata nk tengok...........




Memang TERBAIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK lah.
Full House walaupun perlawanan persahabatan + perlu bayar tiket. ! Kelate terbaikk ! 
Kemah kemimmm sekk kito !

Wednesday, 5 December 2012

Cara Buat Lingkaran Di Tepi Tulisan

Assalamualaikum ~
Hari ini aku terpaksa untuk buat tutorial ni.. (kejam betol)
Aduhhh, takpo, IKHLAS kannn..

Ya udah dong, yukk, kita mulakannya. Nanti lama2, kamu bisa marahin aku.. (speaking indon)

Sebelum tu, jika nk tahu (memang perlu tahu pon), diatas ni lah contohnya.. bagi yang dh lama berPHOTOSHOP tu, mungkin buat benda ni semudah memakan kacang (mudah ke ?)

1) Mulakan dengan membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

2) Pastikan Photoshop anda dalam keadaan baik dan sihat wal'afiat...


3) Ikut gambar diatas atau :
- FILE --> NEW --> Pastu yang BACKGROUND CONTENTS, anda pilih TRANSPARENT.


4) Tulis apa yang patut.
5) Sila bukak gambar diatas tu, PENTING gilerrrrr. Selepas selesai menulis nama anda atau nama binatang.., anda perlu tekan RIGHT CLICK pada LAYER di sebelah KANAN anda. INGATTT !

6) Okehh. Sekarang, dia akan keluar camni.......


Ok, sila ikut gambar atas ni ok. Jangan memandai. Color boleh ditukar mengikut citarasa. Position pastikan OUTSIDE.


Pastu, jika nk SAVE, sila ikut gambar diatas.

!!!_!!! DONE !!!_!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...